Monday, May 11, 2009

something you might not find funny if you don't know them...

so i found this and i HAD to copy paste it hear because it's so damn funny and im ROFL!!!!
found in the utusan malaysia website. today!

Jeritan Farina punca dia ditembak perompak

PULAU PINANG 10 Mei - ''Perompak itu panik selepas mendengar isteri saya menjerit. Jeritan itu menyebabkan dia ditembak dari jarak dekat oleh perompak tersebut.''

Demikian cerita Fadil Jab, 22, suami kepada pekerja kedai emas, Farina Romli, 23, yang cedera ditembak dalam rompakan di Kompleks Bukit Jambul di sini malam tadi.

Ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini, Fadil bersyukur kerana Farina yang baru dikahwininya 10 bulan lalu terselamat walaupun mengalami kecederaan di bahagian pipi kanan.

Menurutnya, tembakan yang dilepaskan oleh salah seorang daripada tiga perompak itu walaupun tidak tepat, mengenai pipi kanan isterinya dan cukup untuk mencederakan mangsa.

Katanya, Farina agak bernasib baik kerana tembakan itu tidak merosakkan mana-mana urat atau arteri utama wajah isterinya.

''Dia boleh bergerak dan bercakap tetapi asyik mengadu sakit di pipi kanan. Apa pun, saya amat bersyukur kerana keadaannya yang kini stabil,'' ujarnya.

Dalam rompakan nekad kedai emas di Kompleks Bukit Jambul kira-kira pukul 8.30 malam tadi, salah seorang daripada tiga perompak mati akibat ditembak pengawal keselamatan.

Walaupun terbabit dalam insiden itu, kata Fadil, isterinya yang bekerja di kedai emas berkenaan sejak dua tahun lalu tetap enggan mencari pekerjaan lain.

''Kami sekeluarga bimbang dengan keselamatan dan risiko bekerja di kedai emas. Malah, ibu mertua saya telah menasihati Farina supaya berhenti kerja di situ dan mencari kerja di tempat lain tetapi dia enggan kerana sudah selesa bekerja di situ,'' katanya.

No comments:

Post a Comment